Khamis, 31 Disember 2015

Sejarah Pemakaian Jubah dan Topi Konvokesyen

Jubah konvo Prau SMKR
Assalamualaikum dan Selamat Petang korang..

Sorry sebab xbgtau korang plan panda yang ni.. 
sengaja panda rahsiakan.. xnak org tau.. hihihi..

Time panda konvo ritu.. Datuk Hassan ad buat Contest..
( nak tau pasal konvo panda boleh klik -- > throwback convocation day )
"Karangan tentang Sejarah Pemakaian Jubah dan Topi Konvokesyen"
katanya dia nk tau ap disebalik simbol jubah and topi nii..
knp time konvo je org pakai.. 
so, dy pon buat la contest nii.. sape dpt buat yg terbaik..
dy bagi 1K.. 

sape xnk 1K dengan buat bende ni je kan.. so, panda pon join laa,, 
tapi, sayang xsempat nak buat banyak research sbb panda kene panggil training tu..
so, panda hantar yang mana sempat buat je laa..
redha je.. kalau ad rezeki dpt la kan.. 
harini 31/12/2015 tarikh tutup contest tu..
okay,, xnak ngomel banyak2 sangat.. 
korang bacalah sendiri kalau nak tau.. hihi
^_^
-
-
-
-
-

1.1 Konvokesyen

            Konvokesyen atau majlis penyampaian ijazah merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti atau upacara sedemikian. Perkataan “konvokesyen’’ berasal dari perkataan Bahasa inggeris “convocatian’’ yang tidak semestinya sama maksudnya (maksud asal convocation ialah “sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas’’). Di Amerika Syarikat dan Kanada, konvokesyen turut diadakan di peringkat sekolah dan kolej. Terdapat banyak tradisi yang berkait dengan upacara penyampaian ijazah ini, yang paling terkenal ialah lontaran topi siswazah ke udara.

            Di kebanyakan universiti yang besar di Amerika Syarikat, di mana ratusan siswazah akan menerima ijazah sekaligus, biasanya terdapat satu majlis uatama (di stadium atau tempat lain) yang diikuti dengan majlis-majlis yang lebih kecil di kampus. Upacara kecil ini dianjurkan oleh setiap falkuti dan merupakan upacara sebenar penganugerahan ijazah. Di tempat-tempat lain, cuma satu majlis diadakan , di satu tempat di kampus, tetapi dibahagikan kepada beberapa sesi di sepanjang hujung minggu. Terdapat juga universiti yang melangsungkan konvokesyen lebih dari sekali setahun.

2.2 Asal usul pemakaian jubah dan mortar board (topi) konvokesyen

Sepanjang kajian saya melalui pembacaan di internet, ramai yang beranggapan bahawa pemakaian jubah dan mortar board (topi) konvokesyen berasal dari negara Barat yang mana merupakan tradisi penganugerahan kepada sarjana-sarjana ilmuan. Tetapi pada hakikatnya, ramai yang silap mengenai tradisi islam ini terutamanya tradisi keilmuan islam generasi terdahulu. Hal ini menyebabkan mereka tersalah faham mengenai pemakaian jubah konvokesyen ini berasal dari negara Barat.

            Menurut Dr. Alfifi Al-Akiti seorang Pensyarah di Felo Pengajian Islam Universiti Oxford, Uk melalui wawancara di Sudut Pandang Astro Awani, kata beliau sebenarnya pemakaian jubah dan mortar board (kopiah, songkok, dan lain-lain) di dalam majlis istiadat konvokesyen itu merupakan cetusan idea yang di inspirasikan oleh para ilmuan islam terdahulu. Gaun konvo itu adalah jubah. Jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mempunyai warna yang berlainan adalah bertujuan membezakan antara orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana apabila ingin membacakan hadis kepada pendengar. Hal ini membuktikan bahawa kepelbagaian rekaan dan warna jubah mempunyai makna tersendiri mengikut institusi pengajian. Jika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuan dan upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doctor falsafah.

            Mortar board itu sebenarnya seperti mereka memakai penutup kepala (kopiah atau songkok) kemudian di atasnya akan diletakkan Al-Quran dan kemudian diikat pada kepala si penerima ijazah (Kini Al-Quran tersebut digantikan dengan lapisan tebal berbentuk segi empat). Pemakaian sedemikian menjadi simbol ketinggian ilmu yang dimilikinya dan berikrar akan menyampaikan ilmu yang dikuasainya dengan tulus ikhlas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ilmu yang dimiliki. Jadi, perbuatan membaling topi tersebut ketika selepas majlis konvokesyen adalah tidak beradap dan tidak menunjukkan budaya ilmu.

            Justeru itu, seperti mana mereka tidak dibenarkan meletakkan Al-Quran di atas kepala dan menyarung jubah akademik sehingga mereka benar-benar layak, seperti itu juga para penuntut universiti kini dilarang mamakai jubah dan topi akademik sebelum mereka layak memakainya.

            Begitulah ketinggian budaya ilmu yang dipaparkan dalam tradisi pendidikan islam demi menjaga kesucian ilmu dan para graduan seharusnya menjiwai setiap maksud yang terkandung di dalam majlis pengijazahan ini. Hari yang bersejarah ini sebenarnya bukanlah hari teristimewa antara graduan dengan keluarganya mahupun rakan sekuliah walaupun tidak dinafikan mereka juga penting, tetapi saat mesra antara anak murid dengan guru untuk mengimbau pengembaraan ilmu mengajar dan belajar.

            Dengan mendalami setiap perkara di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa setiap peri laku dan pemakaian dalam majlis pengijazahan membawa makna mengiktiraf ketinggian ilmu. Selain itu, tujuan mendapatkan ijazah adalah untuk menyampaikan ilmu dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh guru. Jadi, kita sebagai penuntut ilmu haruslah terus menjaga tradisi ini dengan baik.

okayy,, tq sebab baca..
kalau korang nak tau lebih lanjut..
korang boleh la search sendiri ye..
ni je yg mampu panda buat..
harap2 dpt la 1K tu.. huhu
aaminn..
^_^

Tiada ulasan :