Sabtu, 30 Mei 2015

CONTOH METODOLOGI KERJA KURSUS P.AM

4.0 METODOLOGI

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan persoalan dan objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah persempelan rawak mudah. Kajian ini adalah untuk mengkaji adat resam yang dijalankan selepas kelahiran bayi dalam masyarakat melayu yang diamalkan di kawasan Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Kaedah persempelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borang kaji selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden.

4.1 Persempelan

            Kajian ini menggunakan persempelan bukan probaliti iaitu teknit persempelan bertujuan untuk menjawab objektif yang diaturkan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini iaitu penduduk Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1994), di mana lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik. Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka seharusnya adalah penduduk Kampung Simpang Sepayang. Hal ini kerana mereka memahami adat resam yang diamalkan di kawasan kampung mereka.

4.2 Pengumpulan Data

            Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menguunakan soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Borang soal selidik telah dibentuk untuk mendapatkan maklumat tentang adakah Adat Selepas Kelahiran Bayi masih diamalkan di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.

4.2.1 Data Sekunder

            Data sekunder diperoleh dari perpustakaan SMK Rompin dan laman web rasmi seperti laman web Utusan Online, Jabatan Warisan Negara. Data-data penting termasuklah buku-buku, keratan akhbar dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web Google.

4.2.2 Data Primer

            Kaedah soal selidik dan temu bual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau kawasan kajian iaitu Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.


a) Borang soal selidik
Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul dan mengikut pandangan Miles dan Huberman (1984) yang mengatakan bahawa data yang diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan dalam suasana semula jadi memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh penduduk Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin. Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi system pengkodan yang bersifat piawaian serta mudah dianalisis.

b) Borang temu bual
Terdapat beberapa jenis instrument digunakan untuk mengumpul maklumat dalam kajian ini. Satu daripada instrument yang mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temu bual. Kaedah temu bual dijalankan ke atas penduduk Kampung Simpang Sepayang berkenaan untuk mendapatkan pendapat mereka tentang adat Selepas Kelahiran Bayi yang diamalkan di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.
Terdapat 3 jenis teknik temu bual iaitu temu bual formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Sebenarnya menerusi temu bual dapat membantu pengkaji mengetahui perkara yang tidak dapat diperhati secara langsung daripada responden (Fraenkel, J.R & Wallen, N.E, 1996)
Borang temu bual yang direka bentuk oleh pengkaji mengandungi 1 soalan. Semasa proses temu bual, rakaman suara telah dilakukan untuk memastikan maklumat tidak tercicir kerana pengkaji tidak mampu mencatatkan semua maklumat dengan sepantas dalam catatan nota. Selain itu, temu bual dijalankan dengan menggunakan Bahasa Melayu, kandungan temu bual telah dirakam dan dicatat. Kemudian, kesemua maklumat temu bual telah ditulis semula dalam bentuk jadual dan rajah.

c) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri di kawasan kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden. Pemerhatian perlu dilakukan dalam persekitaran semula jadi tanpa manipulasi atau campur tangan dari pemerhati.


4.3 Teknik Penganalisis Data

            Teknik penganalisan data dibahagi kepada teknik penganalisan data secara kuantitaitf dan teknik penganalisan data secara kualitatif.

4.3.1 Data Penganalisan Kuantitatif 
     
            Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Dalam borang kaji selidik ini, jawapan ya atau tidak digunakan untuk mendapatkan respon daripada responden dalam menilai adat selepas kelahiran bayi yang masih diamalkan di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.

4.3.2 Data Penganalisan Kualitatif

Kaedah kualitatif merupakan satu penerangan terperinci tentang situasi, peristiwa, orang, interaksi, dan kelakuan orang yang diperhatikan. Kualitatif juga boleh dikatakan sebagai penggunaan petikan daripada orang tentang pengalaman, sikap, kepercayaan, dan pemikiran mereka sendiri. Di antara kebaikan menggunakan kaedah ini ialah lebih fleksibel iaitu membenarkan pengkaji mengikut  aturan penyelidikan seperti apa yang dikehendaki oleh pengkaji supaya tugasan tersebut dapat memudahkan mereka. Ia juga memberikan kefahaman bagaimana responden memberi makna kepada sesuatu keadaan. Dalam kajian ini, analisis kualitatif adalah berdasarkan data primer dan data sekunder yang diperolehi melalui kaedah kumpulan fokus. Melalui data-data daripada jenis-jenis adat selepas kelahiran bayi diamalkan di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahng dalam bahagian B borang soal selidik yang akan dirumuskan oleh pengkaji.


Tiada ulasan :