Sabtu, 30 Mei 2015

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM STPM SEM 2 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah,, 
Panda dah masok sem 3..
so, nak share la KK yang dah panda buat nii..
Semoga dapat bantu adik2 yang nak buat KK..
AMARAN KERAS !!!
Jangan copy paste.. jadikan rujukan je..
lagipon KK panda ni bukan la terbaik sangat..
Panda harap dapat tolong adik2 semua.. 
^_^

Abstrak 

CONTOH RUMUSAN KERJA KURSUS P.AM

6.0 RUMUSAN

6.1 Pengenalan

            Secara kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui adat-adat selepas kelahiran bayi yang masih diamalkan dalam masyarakat melayu di kawasan Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Objektif kajian adalah untuk mengkaji adat selepas kelahiran bayi dalam masyarakat melayu dan mengenalpasti sejauhmanakah adat selepas kelahiran bayi dalam masyarakat melayu masih diamalkan di kawasan Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.

            Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang penduduk yang tinggal di kawasan tempat kajian telah dipilih sebagai responden kajian ini.

6.2 Kaedah kajian dan demografi responden

            Terdapat 4 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah soal selidik, kaedah temu bual , kaedah rujukan dan kaedah pemerhatian. Dalam menjalankan kaedah soal selidik, seramai 30 responden telah dipilih secara rawak daripada populasi tempat kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 9 orang lelaki dan 21 orang wanita telah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik tersebut dan kebanyakkan daripada kalangan umur 41-50 tahun. Manakala pengkaji juga telah menemu bual 2 orang penduduk yang tinggal di kawasan tempat kajian untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan objektif kajian yang ingin dikaji.

            Setelah mengumpulkan data daripada responden dan temubual, aspek penganalisisan data,  dan pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis

6.3 Adat-adat yang masih diamalkan di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang

            Setelah mengumpul data terdapat enam adat yang masih diamalkan daripada lapan adat selepas kelahiran. Adat-adatnya ialah adat menanam uri, adat memberi nama, adat membelah mulut, adat mencukur jambul, adat naik buai, dan bersunat. Data ini diperoleh daripada hasil jawapan dari borang soal selidik yang dijawab oleh penduduk Kampung Simpang Sepayang.


6.4 Kesimpulan

            Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati terdapat 8 adat selepas kelahiran bayi yang diamalkan oleh masyarakat melayu. Antaranya ialah adat menanam uri, memberi nama, mencuci lantai, membelah mulut, mencukur jambul, naik buai, menjejak tanah, dan bersunat.

            Selain itu, adat-adat selepas kelahiran bayi yang masih lagi diamalkan sehingga kini adalah adat menanam uri, memberi nama, membelah mulut, naik buai, mencukur jambul dan bersunat. Manakala adat mencuci lantai dan jejak tanah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat melayu di kawasan Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.



CONTOH DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN ( 2 ) KERJA KURSUS P. AM

5.2 Kaedah Soal Selidik

5.2.1 Demografi Penduduk

Jadual 2 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk di kawasan Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang berdasarkan umur dan jantina.

Jadual 2 : Latar Belakang Responden

Bil.
Faktor
Kategori
Kekerapan
Peratusan
1
Jantina
Lelaki
9
30%
Wanita
21
70%
2
umur
20-30
6
20%
31-40
7
23.33%
41-50
13
43.33%
51 tahun ke atas
4
13.33%

Carta 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina

Carta 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina


sumber : Kajian Lapangan 2015

Petunjuk :
Berdasarkan Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam kalangan penduduk, di kawasan Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Daripada 30 orang yang telah disoal selidik, seramai 9 orang responden adalah jantina lelaki bersamaa dengan 30%. Sementara itu, bagi jantina wanita adalah seramai 21 orang responden bersamaan 70%.

Carta 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

Carta 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur


sumber : Kajian Lapangan 2015

Petunjuk :
Berdasarkan Rajah 2 di atas pula menunjukkan demografi responden berdasarkan umur 20-30 tahun, 31-40 tahun, 41-50 tahun dan 51 tahun ke atas di kawasan Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Daripada 30 orang penduduk yang telah disoal selidik, seramai 6 orang responden berumur 20 hingga 30 tahun bersamaan dengan 20%. Sementara itu, bagi yang berumur antara 31 hingga 40 tahun adalah seramai 7 orang responden bersamaan 23.33%. Selain itu, responden berumur 41 hingga 50 tahun seramai 13 orang bersamaan dengan 43.33%. Akhir sekali, seramai 4 orang responden bersamaan 13.33% bagi yang berumur 51 tahun ke atas.



5.2.2 Sejauhmanakah adat selepas kelahiran masih diamalkan di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.

Jadual 3 menunjukkan sejauhmanakah adat selepas kelahiran bayi yang masih diamalkan di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.

Jadual 3 : Analisis sejauhmanakah adat selepas kelahiran bayi masih diamalkan dalam masyarakat melayu di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.

Bil.
Adat selepas kelahiran bayi
Ya
Tidak
f
%
f
%
1
Adat menanam uri
30
100
0
0
2
Adat memberi nama
29
96.67
1
3.33
3
Adat mencuci lantai
0
0
30
100
4
Adat membelah mulut
29
96.67
1
3.33
5
Adat mencukur jambul
30
100
0
0
6
Adat naik buai
30
100
0
0
7
Adat menjejak tanah
0
0
30
100
8
Adat bersunat
30
100
0
0

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 1 : Peratusan Responden Terhadap Adat Menanam Uri


Sumber : Kajian Lapangan 2015

            Berdasarkan rajah 1, didapati semua responden menjawab jawapan Ya  untuk adat menanam uri. Disebaliknya, tiada seorang responden menjawab jawapan Tidak untuk adat ini. Hal ini menunjukkan masyarakat melayu di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang masih lagi mengamalkan adat menanam uri selepas kelahiran bayi.

Rajah 2 : Peratusan Responden Terhadap Adat Memberi Nama


Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan rajah 2, didapati paling ramai responden menjawab jawapan Ya  untuk adat memberi nama seramai 29 orang bersamaan 96.67%. Disebaliknya, hanya seorang responden menjawab jawapan Tidak untuk adat ini bersamaan 3.33%. Hal ini menunjukkan kebanyakkan masyarakat melayu di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang masih lagi mengamalkan adat memberi nama selepas kelahiran bayi.


Rajah 3 : Peratusan Responden Terhadap Adat Mencuci Lantai


Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan rajah 3, didapati tiada seorang responden menjawab jawapan Ya  untuk adat mencuci lantai. Disebaliknya, semua responden menjawab jawapan Tidak untuk adat ini. Hal ini menunjukkan masyarakat melayu di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang sudah tidak mengamalkan adat mencuci lantai selepas kelahiran bayi.

Rajah 4 : Peratusan Responden Terhadap Adat Membelah Mulut




Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan rajah 4, didapati paling ramai responden menjawab jawapan Ya  untuk adat membelah mulut seramai 29 orang bersamaan 96.67%. Disebaliknya, hanya seorang responden menjawab jawapan Tidak untuk adat ini bersamaan 3.33%. Hal ini menunjukkan kebanyakkan masyarakat melayu di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang masih lagi mengamalkan adat membelah mulut selepas kelahiran bayi.

Rajah 5 : Peratusan Responden Terhadap Adat Mencuku Jambul


Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan rajah 5, didapati semua responden menjawab jawapan Ya  untuk adat mencukur jambul. Disebaliknya, tiada seorang responden menjawab jawapan Tidak untuk adat ini. Hal ini menunjukkan masyarakat melayu di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang masih lagi mengamalkan adat mencukur jambul  selepas kelahiran bayi.
   
Rajah 6 : Peratusan Responden Terhadap Adat Naik Buai


Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan rajah 6, didapati semua responden menjawab jawapan Ya  untuk adat naik buai. Disebaliknya, tiada seorang responden menjawab jawapan Tidak untuk adat ini. Hal ini menunjukkan masyarakat melayu di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang masih lagi mengamalkan adat naik buai selepas kelahiran bayi.

Rajah 7 : Peratusan Responden Terhadap Adat Menjejak Tanah


Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan rajah 7, didapati tiada seorang responden menjawab jawapan Ya  untuk adat menjejak tanah. Disebaliknya, semua responden menjawab jawapan Tidak untuk adat ini. Hal ini menunjukkan masyarakat melayu di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang sudah tidak mengamalkan adat menjejak tanah selepas kelahiran bayi.

Rajah 8 : Peratusan Responden Terhadap Adat Bersunat


Sumber : Kajian Lapangan 2015



Berdasarkan rajah 8, didapati semua responden menjawab jawapan Ya  untuk adat bersunat. Disebaliknya, tiada seorang responden menjawab jawapan Tidak untuk adat ini. Hal ini menunjukkan masyarakat melayu di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang masih lagi mengamalkan adat bersunat selepas kelahiran bayi.