Selasa, 29 April 2014

RESEPI : KEK BATIK..

Assalamualaikum semua..

hari ni birthday adik panda.. 24/4 .. disebabkan 2 la panda buat kek batik ni.. panda mmg suka makan kek batik.. disebabkan kek batik ni kek yang paling senang nak buat sebab 2la panda wat..

okay sape2 yang baru nak try buat kek batik ni jangan risau la.. korang xpayah nak bakar xpayah pakai mixer.. senang gile.. kek batik ni ada banyak resepi.. tapi panda suka degan resepi yang panda gune ni.. so,, ikot korang la nak buat ikot resepi panda ni ataupon ikot resepi yang lain.. 

BAHAN-BAHAN :


* biskut marie (pastikan warna putih ye jangan beli yang warna hitam 2 xjadi la batik dy)
* buttercup
* milo (1 cawan)
*serbuk koko (1 cawan)
* gula (1 cawan)
*air masak (1 cawan)
* susu pekat ( 1/2 tin )
* telur ( 6 biji)

CARA MEMASAK :

1) pecahkan 6 biji telur ke dalam magkuk..


2) masukkan milo , gula, dan serbuk koko ke dalam magkuk/bekas pape pon la.. hihi.. okay cawan 2la yang panda gune untuk sukat milo , gula dan serbuk koko..


3) patah-patahkan biskut marie 2.. ikot korang la nak patahkan macam mne pon.. jngan besar sangat.. jngan kecik sangat..


4) cairkan butter dengan api yang sederhana..


5) masukkan milo, gula , serbuk koko, susu, air and telur ke dalam kuali.. semua bahan lah kecuali biskut marie 2.. kacau sampai likat.. jangan stop kacau tau.. lenguh sikit la tangan time ni.. huhu


6) bila dah likat.. masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan tadi.. gaul bagi adunan coklat and biskut sebati..


7) dah siap masukkan dalam loyang yang korang sediakan.. tekan2 supaya mampat.. tunggu sejuk sikit pastu baru masukkan dalam petiais..

8) biarkan beberapa jam dalam petiais.. dalam sejam dua gitu la.. lepas tu bawak keluar kek daripada loyang.. letak la kat dlm pinggan ke ataupon papan lapik kek tu..



so, apa lagi korang tunggu potong la kek n nikmati kesedapannye.. hihi..

try la buat okay.. sedap and senang.. huhu.. 

Tiada ulasan :